Ucapan Guru Besar

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izinnya, kini SK Batu Kikir telah melangkah setapak lagi ke era Teknologi Maklumat dengan terbinanya laman web ini. Salah satu hasrat sekolah untuk memberi cabaran kepada warganya untuk meneroka pelbagai ilmu melalui teknologi yang sedia ada telah tercapai.

Dengan terbinanya web ini, sedikit sebanyak kita telah Berjaya merealisasikan hasrat agar seiring dengan kemajuan ICT/TMK dalam menghadapi cabaran tranfomasi pendidikan masa kini seperti yang diperincikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan 7 iaitu “MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKAN KUALITI PEMBELAJAN DI MALAYSIA”

Saya berharap dengan terhasilnya laman web ini juga para pelanggan dapat mengakses maklumat-maklumat terkini tentang sekolah ini disamping dapat berkongsi pandangan dan cadangan bagi memantapkan lagi mutu laman web Sk Batu Kikir ini.
Akhir kata, syabas dan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Pasukan laman web ini yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam membangunkan laman web ini. Semoga laman ini sentiasa dikemaskini denga maklumat yang terkini dan tepat.
Sekian terima kasih.


En Kamarol Zaman Bin Othman.
Guru Besar Cemerlang.
Sk Batu Kikir.

0 comments :

Post a Comment