Sejarah Sekolah

  Sk Batu Kikir ditubuhkan pada tahun 1956 yang dahulunya dikenali sebagai Standard Type Primary School yang menawarkan sekolah aliran inggeris yang pertama di Daerah Jempol.

     Sk Batu Kikir didirikan di atas sebidang tanah (No Lot 277/hak milik Rezab Sekolah) yang telah diwakafkan oleh adik kepada Pendeta Za'ba iaitu Encik Yusof bin Ahmad seluas 5 ekar. Tapak ini pada awalnya ialah 100% tanah gebun getah.

Pada masa itu jumlah pelajarnya hanya 139 orang yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada tahun 1965, wujud pula Sekolah Menengah Inggeris yang pertama id Daerah Jempol yang berkongsi bangunan dengan Standard Primary School.Bangunan dihadapan untuk pelajar sekolah rendah sementara 2 blok dibelakang untuk sekolah menengah.

Atas dasar perkembangan pendidikan pada masa itu kerajaan mengambil keputusan untuk menukarkan Batu Kikir Standard Type Primary School kepada aliran Melayu sepenuhnya dan kemudian dikenali Sekolah Kebangsaan  Batu Kikir. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1970 yang mana Sk Batu Kikir kekal di tempatnya, sementara Secondary Primary School berpindah ke bangunannya sendiri yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah ( Model Khas) Batu kikir.

Sk Batu Kikir mempunyai 3  blok bangunan asas iaitu blok A, B, C serta sebuan kantin. Sk Batu Kikir terus membangun dalam mengisi pembangunan pendidikan, jesteru itu Sk Batu Kikir telah mendapat blok tambahan pada tahun 1975, iaitu 1 blok 3 tinggakat yang menempatkan pelajar yang semakin bertambah. Seterusnya pada tahun 1998 Sk Batu Kikir menerima satu lagi bangunan tambahan iaitu blok i dan blok J. Di samping itu surau dan kantin, Bilik pusar sumber, makmal komputer, bilik muzik dan bilik kemahiran hidup diwujudkan bagi menampung era globalisasi pembangunan pendidikan.

Bangunan asas ini kini menjadi Bilik mesyuarat dan bilik agama. Bilik Guru dan beberapa bilik telah menjadi Pusat Pentadbiran Sk Batu Kikir dia mana diletakkan di bangunan utama.

Blok yang kedua telah diubah suai oleh pentadbir sekolah menjadi bilik guru manakala satu blok yang tinggal masih kekal digunakan sebagai bilik darjah untuk tahun 1.

Mempunyai kedudukan yang stategik dan mudah didatangi oleh sesiapa pun, hal ini menjadikan Sk Batu kikir sebagai sekolah pilihan kepada penduduk sekitar untuk menghantar anak-anak muda ke sekolah.

Selain itu juga, Sk Batu Kikir ditemani oleh beberapa Intitusi pendidikan di pekan ini. SMK Batu Kikir (Model Khas), SKJ(C) Chin Sin, SBPI Jempol dan Sek Agama Rakyat Batu Kikir menjadi jirannya.

Pelajar-pelajar  yang datang daripada kawasan sekitarnya mempunyai latar belakang sosial ekonomi keluarga yang berbeza. Sebahagiannya masin mengamalkan kehidupan tradisi sebagai petani, peladang dan penoreh getah. Selain itu ada juga yang bekerja disektor awan dan swasta.

Antara Guru-guru besar yang pernah berkhidmat di Sk Batu kikir, pada tahun 1956 hingga 2006 ialah:-


  1. En Salleh Jadid
  2. En Hisham
  3. En Ewana Raja
  4. En Jasmin David
  5. En Hassan Ahmad
  6. En Md Noor Mahat
  7. Tn Hj Mohd Ali Hanafiah
  8. Tn Hj Mohamad Sharif
  9. Tn Hj Awaludin Paseh
  10. Pn Hjh Hamisah Sharif
  11. Tn Hj Abd Radhid Sulaman
  12. En Hashim Abd Ghani
  13. Tn Hj Kamrol zaman Othman    sehingga kiri...
Guru Besar yang paling lama berkhidmad di Sk Batu Kikir ialah Tn Hj Mohamad Shariff. Manakala wanita pertama sebagai Guru Besar di Sk Batu Kikir ialah Pn Hjh Hamisah Sharif.

Kejayaan yang sukar dilupakan dan disebut-sebut hingga ke hari ini pada tahun 1982 apabila mendapat kejayaan yang cermelang yang diperolehi dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) di mana Sk Batu Kikir telah memperolehi 20 orang 5A. Kejayaan ini sangat membanggakan kita semua hasil daripada kegigihan, dedikasi dan kesanggupan guru-guru untuk berkidmat kepada masyarakat di sekitarnya. Selain pencapaian cermelang dalam bidang akademik sekolah ini juga melahirkan tokoh-tokoh sukan yang berjaya mengharumkan dan menaikan nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Sebagai contoh, sekolah in pernah menjadi johan Peringkat Negeri Sembilan bagi kejohanan Bola Sepak, Bola Jaring dan juga hoki bawah 12 tahun.

Bersesuaian dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sk Batu Kikir mampu melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intetektual, kerohanian, sahsiah dan fizikal. Jesteru itu, Sk Batu kikir telah menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka sebagai pilihan utama..

Sekian.....

0 comments :

Post a Comment