Makmal Komputer

Pengenalan
Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, dunia tanpa wayar, dunia tanpa sempadan, keupayaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
Di sekolah, Makmal Komputer adalah nadi dan agen kepada saluran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seluruh warga sekolah perlu mengambil peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang dapat diperolehi melalui makmal komputer. Keupayaan individu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantunya mengharungi dunia IT ini.
Jesteru itu pendedahan kepada alam pengkomputeran perlulah dilakukan pada peringkat awal lagi dengan secara terancang dan sistematik agar budaya pengkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif.
MISI
  1. Menyediakan prasarana pendidikan berteraskan IT.
  2.  Mewujudkan suasana pembelajaran berkonsepkan IT.
  3.  Melahirkan tenaga guru yang mahir dalam bidang IT.
  4. Melahirkan pelajar yang menguasai IT.
  5. Menyediakan sistem pengurusan berasaskan IT.
MATLAMAT
  • Merealisasikan matlamat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Meningkatkan pengetahuan di kalangan pelanggan khususnya murid.
  • Memahirkan pelanggan dengan TMK.
  • Meningkatkan kepenggunaan TMK.
  • Mendedahkan asas pembelajaran akses kendiri dan terarah.
PERKHIDMATAN
  • Prasarana Pembelajaran Berbantukan Komputer
  • Kursus Dalaman ICT untuk staf sekolah
  • Pusat kursus untuk guru-guru Gabungan Tawau
  • ‘ Cyber cafĂ© ‘ untuk staf dan murid
  • Bengkel penyelenggraan komputer
  • Ruang Bacaan IT




0 comments :

Post a Comment