Pusat Ekses Sekolah (PuAS)

    

Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

       Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid

   
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk  pengajaran dan pembelajaran

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.


Bahan tersebut terdiri daripada:
• Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista dan sebagainya
• Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, Portal Sumber Pendidikan (bibliografi.moe.edu,my), MySchoolNet,My Tutor, Online Smart Learning dan sebagainya
• Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD Audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat




0 comments :

Post a Comment